10 golongan yang masuk syurga tanpa hisab

Wrote by Unknown on Khamis, 18 Julai 2013

“Daripada Abu Bakar r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda “Aku dianugerahi Allah 70,000 orang dari umatku masuk syurga tanpa hisab. 
Wajah mereka seperti bulan purnama di waktu malam, Hati mereka semuanya sama. Lalu aku memohon tambahan kepada Allah dan Allah menambahkan untukku setiap seorang menjadi 70,000 orang (Hadith Riwayat Ahmad).

Setiap seorang dari 70,000 itu membawa 70,000 orang lagi, maka jumlahnya adalah 70,000 x 70,000 iaitu 4.9 billion orang.” (HR Muslim)


10 golongan yang masuk syurga tanpa hisab ialah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan) – orang yang menanggung kesakitan apabila diperb****kan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran) – bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.


3. Jiran-jiran Allah – saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(Hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)


4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik.
(Hadis riwayat Jabir)

5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapanya.
(Hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)




6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meninggal dalam masa tersebut.
(Hadis marfu’ sumber daripada Anas)


7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘Lailahaillallah”.
(Hadis sumber daripada A’isyah r.a)


8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat.
(Hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)


9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya.
(Hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)


10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah.
(Hadis riwayat Ibn Mas’ud)

{ 0 Comments... read them below or add one }