Tahniah BN.. sukanya aku

Wrote by Unknown on Sabtu, 7 Februari 2009




SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah menyerahkan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar Perak yang baru kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pada majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, semalam. Majlis mengangkat sumpah barisan Exco negeri yang baru akan berlangsung di Istana Iskandariah pada jam 10 pagi Selasa ini.

Ini bermakna perasaan tidak selesa aku bila bermenteri besar kan seorang pembangkang tamat sudah. Bukan ape, rasa risau, tergugat ape sume tu ade tau.. Sekarang pon terbukti, bole ada niat nak saman Sultan la ape la. Boleh mohon derhaka plak tu. Suatu benda yang baru untuk rakyat Malaysia dengar kan. So, kepada rakyat Malaysia yang nampak suma benda ni, kita sebut macam Nabil, " Lu pikirlah sendiri.."

PENYOKONG Pakatan Rakyat menghalang kenderaan rasmi yang membawa Raja Dr Nazrin ke Istana Iskandariah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, semalam.
Kumpulan Penyokong Pakatan Rakyat juga dilaporkan membaling kayu, batu dan botol ke arah polis dan kenderaan yang melalui Jalan Istana. Malah, laman web Pejabat Sultan Perak turut diceroboh dengan memuatkan pelbagai perkataan yang mencela Sultan Azlan Shah. Berikutan itu, laman web berkenaan ditutup tengah hari semalam.
inikah yang kita mahu untuk negeri kita?




{ 0 Comments... read them below or add one }